Maklumat Video berkaitan Pulau Aman Pulau Pinang

Kepada anda yang ingin berkunjung ke Pulau Aman, anda boleh menonton klip video yang tertera dibawah. Anda hanya perlu Taipkan (Pulau Aman) dalam kotak carian dibawah ini. Klip Video ini diharapkan dapat membantu anda dalam membuat perancangan aktiviti yang ingin dijalankan. Sekian terima kasih.






Fokus Perniagaan

Perniagaan Rumah Tamu Kita memfokuskan beberapa pakej penginapaan, dan pakej pelancongan yang berkualiti, lain dari yang lain, Pakej penginapan dan pelancongan ini diambil kira bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pelajar IPTA, Pelancong luar Negara (bacpakes) Orang Perseorangan, kakitangan Kerajaan luar dari Pulau Pinang,Syarikat Multinasional, dan golongan Usahawan .







Promosi Semperna Cuti Sekolah

Cuti sekolah menjelang tiba. Macam-macam aktiviti yang dirancang seperti Majlis kenduri , percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan, urusan kerja, mahupun urusan perniagaan. Kami Warga RTK mengalu-alukan kedatangan anda ke Rumah Tamu Kita ke Pulau Pinang. Sempena Cuti Sekolah ini kami menawarkan promosi untuk Rumah Tamu Kita iaitu RM 55.00 hanya untuk sebuah Rumah. Jadikanlah RumahTamu Kita sebagai tempat pilihan anda.









Saturday, May 22, 2010

Perihal Rumah Tamu

Rumah Tamu Kita, merupakan sebuah kawasan villa untuk beristirehat dan menenangkan fikiran samada secara keluarga, berkumpulan dan individu. Rumah Tamu Kita ini memaparkan ketenangan serta keindahan alam semulajadi dan keunikan flora dan fauna serta aktiviti nelayan dan penduduk tempatan di sekitar kawasan Batu Kawan dan sekitar Pulau Aman bukan sekadar untuk ditonton tetapi perlu dihayati dan diabadikan sebagai khazanah paling berharga dibumi ini.

Lokasinya yang terletak 4.5 KM dari Pulau Aman dan 35Km dari bandar Georgetown dan 22 KM dari Butterworth, ini menjadikan Rumah Tamu Kita sssuai dijadikan tempat penginapan untuk tumpuan para pengunjung dan pelancong.

No comments:

Post a Comment