Rumah Tamu Kita, merupakan sebuah kawasan villa untuk beristirehat dan menenangkan fikiran samada secara keluarga, berkumpulan dan individu. Rumah Tamu Kita ini memaparkan ketenangan serta keindahan alam semulajadi dan keunikan flora dan fauna serta aktiviti nelayan dan penduduk tempatan di sekitar kawasan Batu Kawan dan sekitar Pulau Aman bukan sekadar untuk ditonton tetapi perlu dihayati dan diabadikan sebagai khazanah paling berharga dibumi ini.
Lokasinya yang terletak 4.5 KM dari Pulau Aman dan 35Km dari bandar Georgetown dan 22 KM dari Butterworth, ini menjadikan Rumah Tamu Kita sssuai dijadikan tempat penginapan untuk tumpuan para pengunjung dan pelancong.
No comments:
Post a Comment